Mengapa Movon TravelMate Stroller Terbaik Untuk Melancong

Hi & Assalamualaikum, Saya En. Amiruddin Ejen rasmi sah Movon TravelMate Stroller Baby. Dalam blog saya pada kali ini, saya akan ceritakan mengapa Movon TravelMate Stroller terbaik untuk dibawa melancong.



Movon TravelMate Stroller merupakan stroller paling unik keluaran dari Malaysia dan merupakan Stroller paling laris dalam keluarga Movon berbanding stroller StrollMate.

Stroller TravelMate ini direka khas untuk digunakan semasa melancong atau kegunaan semasa pergerakan dimana sahaja yang hanya memerlukan ruang yang sedikit untuk meletakkan stroller.

Movon TravelMate Stroller Saiz Lugguge 19cm je

Movon TravelMate Stroller Saiz Lugguge 19cm



Ini yang paling unik, stroller pertama saiz lugguge yang ada dalam pasaran Malaysia. Sangat mudah dibawa ketika anda dalam perjalanan dimana sahaja.

Luar negara, dalam negara, tempat peranginan, balik kampung atau dibawa ke taman dan ke pusat beli belah semua sesuai.

Jimat Ruang

Sangat jimat ruang kerana saiznya yang nipis bila dilipat. Jika anda sering dalam perjalanan melancong atau balik kampung menggunakan kereta, penggunaan ruang ini sangat penting terutamanya kereta yang kecil serta ruang yang tidak cukup untuk menempatkan stroller dalam kereta.

Boleh Bawa Masuk Cabin Kapal Terbang

Boleh Bawa Masuk Cabin Kapal Terbang



Stroller travel, penggunaan bawa masuk dalam cabin adalah sangat penting. Jika tidak boleh dibawa masuk dalam cabin apa gunakan stroller travel betul tak?

Ada sesetengah kapal terbang kos rendah tidak membenarkan pengguna membawa luggage masuk dalam cabin, hanya benarkan beg sandang tu pun tidak boleh melebihi 5kg, jika lebih ada caj lain. Bergantung pada terma dan syarat semasa anda membeli tiket kapal terbang tersebut terutamanya untuk pakej promosi.

Menggunakan Bahan Premium dan Berkualiti Tinggi

Menggunakan Bahan Premium dan Berkualiti Tinggi



Stroller TravelMate menggunakan kerangka besi alloy yang berkualiti tinggi yang digunakan pada badan pesawat. Besi yang ringan tapi sangat kuat.

Tidak perlu risau, jika tidak boleh bawa masuk cabin anda boleh bawa masuk dalam cargo kapal terbang, dan anda jangan risau jika stroller anda dibaling oleh crew kapal terbang, kerana stroller anda tidak akan mudah rosak, dan selamat.

Boleh Dijadikan Kerusi Makan

Boleh Dijadikan Kerusi Makan



Pernah tak anda pergi mana-mana kedai, adakah pemilik kedai menyediakan kerusi makan kanak-kanak? Kalau ada, adakah ia mencukupi? Kalau cukup adakah ia bersih dan selamat digunakan? Saya jamin anda tidak akan pernah jumpa kan? tak cukup lah tak bersih lah, tak disediakan lah.

Jika anda menggunakan stroller ni, sekarang jangan risau, sebab boleh dijadikan kerusi makan untuk anak anda. Sekarang anda boleh menikmati makan lebih tenang semasa makan. Tiada lagi stress anak meragam macam-macam.

Melindungi Panas dan Hujan




Kanopi Kalis air yang ada pada Movon TravelMate melindungi anak daripada panas dan hujan. Kanopi kalis air yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi ini sangat tahan lasak dan tidak mudah rosak.

Boleh Disimpan Dalam Bilik Hotel




Jangan risau ruang hotel sempit, tiada tempat nak letak stroller. Boleh dilipat senipis 19cm je. Boleh letak dalam almari, celah-celah almari dan celah katil. Ruangkan hotel tidak sempat lagi semasa melancong.

Boleh Muat Dalam Bonet Kereta atau Dalam Train



Masa melancong naik bas? kereta sewa atau teksi? jangan risau guna ruang banyak, lipat senipis 19cm boleh masukkan ruang tanpa risau tak muat.

Info lanjut berkenaan dengan TravelMate Stroller layari 👉 https://www.movonstroller.com/p/movon-travelmate-stroller-travel.html

Postingan Terkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *