Saya Scammer Ke?
Hi & Assalamualaikum, Saya Amiruddin Ejen Rasmi sah Movon. Baru-baru ini ramai whatsappp saya nak beli TravelMate, StrollMate, MoveMate dan Juga Smart Lock.
Borang sudah lengkap diisi, maklumat dokumen gambar Ic depan belakang, dan selfie bersama IC, agreement dan sign dah lengkap diberikan kepada saya. Tetapi bila tiba bahagian bayaran menggunakan debit kad terus senyap tak mahu buat bayaran.
Terus Cop saya scammer sebab pembeli mesti guna kad debit dalam buat bayaran. ðŸ˜
Bayaran Guna Debit Card, Pihak Scammer Tak Boleh Nak Scam
Kenapa bayar guna kad debit terus dicop scammer ye? padahal bayaran paling selamat didunia adalah bayaran melalui kad debit atau kredit, yang ada logo visa atau mastercard kat belakang tu. Seluruh dunia menggunakan sistem mereka.
Bukan yang direct transfer dekat aplikasi bank tu, yang itu barulah kurang selamat, sebab banyak lopong keselamatan terbuka untuk scammer ambil kesempatan. Lagipun duit yang dapat terus masuk akaun bank scammer, pihak bank tak boleh buat apa-apa dah bila duit terus masuk akaun bank.
Bayaran Debit Card Bayaran Paling Selamat Didunia
Tahukah anda, bayaran menggunakan kad debit atau kredit, duit bayaran anda selepas berjaya buat bayaran floting dalam masa 3 hari dengan pihak bank dan pihak visa/mastercard. Ini untuk memastikan tiada menyalah guna dalam buat bayaran oleh orang lain.
Dalam masa 3 hari ni jika, anda dapati betul-betul discam oleh scammer anda akan dapat balik duit anda bila anda buat laporan kepada pihak bank. Pihak bank akan hubungi visa atau mastercard untuk sekat duit tersebut daripada masuk ke akaun syarikat penjual atau merchant kerana dalam siasatan laporan pengguna. Sehingga habis siasatan jika terdapat kesalahan menyalahgunaan, anda akan diberikan kembali refund apa yang anda bayar.
Cardholder Ada Kuasa Chargeback Ke Atas Kad Debit Sendiri
Jika diluar negara, pihak syarikat pembayaran cukup marah kepada merchant atau syarikat yang menggunakan perkhidmatan pembayaran apabila pemilik kad membuat chargeback kembali dekat kad mereka. Chargeback ni, lebih kurang minta refund balik lah.
Jika melebihi rate tertentu, akaun syarikat penjual akan disekat dan diban dan akan dikenakan caj yang sangat tinggi per transaksi.
Jika pembelian guna kad debit, jika didapati penipuan dan salah guna pemilik kad boleh call bank untuk membuat refund kembali, Biasanya dalam kes ini pemilik kad akan menang jika penyiasatan yang dibuat oleh pihak visa dan mastercard mendapati merchant atau syarikat jualan itu membuat kesalahan.
So jangan risau, ada transaksi meragukan call je bank anda. Lepas habis siasatan anda akan diberikan kembali refund amount yang telah ditolak dalam akaun bank.
Debit Card ada Double Layer Security
Lagi satu kelebihan beli menggunakan debit card, mempunyai double layer security. Orang lain tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan nombor kad anda sesuka hati tanpa pengetahuan anda. Jika berlaku transaksi, anda akan menerima sms nombor TAC untuk tujuan keselamatan daripada salah guna.
Double layer securiy ni bukan daripada pihak bank anda tau, ia adalah daripada visa atau mastercard sendiri.
Jangan Samakan Pembayaran Guna Kad Debit Dengan Direct Transfer
Kebiasaan kes scam berlaku jenis nak sakau duit adalah secara direct trasnfer, sebagai contoh :
1. pishing app maybank, cimb atau mana-mana bank yang membuat transaksi secara secure2u, approve trasnfer melalui applikasi bank. Ini disebabkan sebelum itu anda ada terinstall aplikasi scam untuk auto approve bila transaksi berlaku tanpa pengetahuan anda.
2. Kes kedua, melalui pishing website, scammer akan buat clone website bank. bila anda buka website clone dan isikan username serta password, secara auto, pihak scammer dah dapat akaun bank anda. Dari situlah mereka buat transfer direct dari akaun bank anda ke akaun bank mereka.
Untuk Kes Scam Kad debit tidak banyak saya dengar, ada je kes scammer kad debit tapi anda boleh dapat balik duit anda. Contohnya:
1. Pembayaran pengiklanan facebook. Ada kes duit ditolak dalam akaun daripada facebook. Ya betul dari facebook bukan ke akaun scammer. Ini berlaku scammer bukan nak duit anda pun, cuma nak memanipulasi sistem facebook, dengan buat iklan percuma.
Scammer tahu, jika mereka curi direct dari debit kad anda, mereka tak akan dapat duit tu, melainkan selepas 1 bulan baru perasan duit hilang. Dalam masa 3 hari call je bank, selesai siasatan refund akan diberikan.
Darimana Scammer akan dapat duit? Scammer dapat duit daripada pembeli hasil iklan facebook scammer yang memanipulasi sistem facebook tadi. Anda call je pihak bank, jangan risau, jika dah habis pulahan ribu atau ratusan ribu, duit tu akan dapat balik. Tapi dengan syarat dalam masa 3 hari kena sedar duit sedang ditolak dalam akaun.
Kesimpulannya, jika berkaitan dengan kad debit atau kredit, jangan risau scammer tak boleh scam anda sesuka hati kerana tahap keselamatan sudah terjamin, anda boleh dapatkan kembali wang anda kerana wang anda masih dipegang oleh pihak bank selama 3 hari.
Dalam tempoh ini, jika anda mendapati transaksi yang mencuriga, boleh terus call pihak bank dan pihak bank akan terus sekat kad anda dan serta merta akan buat siasatan berkaitan dengan transaksi.
+++++
Habis cerita berkenaan kad debit, seterusnya saya ingin berikan bukti-bukti nyata kepada anda bahawa saya bukanlah scammer yang anda katakan. Saya merupaka ejen sah yang boleh anda percayai saya untuk uruskan pembelian anda.
Dibawah saya berikan bukti-bukti video bahawa saya ialah Ejen rasmi dan sah Movon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan